| Your Birthdate: December 9 |
| Your birth on the 9th day of the month adds a tone of idealism and humanitarianism to your nature. You become one who can work easily with people because you are broadminded, tolerant and generous. You are ever sensitive to others' needs and feelings, and you are very sympathetic and compassionate. Your feeling run deep and you often find yourself in dramatically charged situations. This 9 energy always tends to give more that it gets. |
Adakah mood anda selalu berubah-ubah? Mungkin ini disebabkan warna baju yang anda pakai! Tanpa kita sedar, warna boleh mempengaruhi perasaan kita sama ada secara fizikal atau mental. Ini penting untuk diingati, terutamanya bila anda ingin menghidupkan mood yang tertentu.
::Biru
Biru menandakan rasa damai, tenang, stabil, penuh harmoni, perpaduan, kepercayaan, kebenaran, keyakinan, sifat konservatif, keselamatan, kebersihan, keadaan teratur, kesetiaan, langit, air, kesejukan, teknologi dan rasa murung. Biru dianggap warna untuk bisnes kerana ia mencerminkan sifat boleh dipercayai.
::Hitam
Hitam mewakili kuasa, seksualiti, keanggunan, sifat rasmi, kecanggihan, kekayaan, misteri, rasa takut, kesedihan, fikiran yang dalam, gaya, kejahatan, penyesalan, kemarahan, kematian dan keadaan berkabung. Ia juga warna teknikal yang baik.
::Hijau
Hijau merupakan salah satu warna yang paling digemari. Ia mewakili alam semulajadi, persekitaran, kesihatan, tuah, masa muda, pembaharuan, semangat, musim bunga, kemurahan hati, kesuburan, rasa cemburu, kurang pengalaman, rasa dengki dan nasib kurang baik.
::Jingga
Jingga adalah campuran kuning dan merah. Jingga dianggap warna hangat tapi lebih sejuk dari merah. Jingga menunjukkan tenaga. Ia mempunyai sifat berkilau, jadi ia sering digunakan untuk menarik perhatian, contohnya di papan tanda keselamatan.
::Ungu
Ungu menandakan warna diraja, kerohanian, martabat yang tinggi, misteri, pertukaran, kearifan, kesedaran, kekejaman, keangkuhan, dan keadaan berkabung. Ungu dianggap warna luar biasa.
::Merah
Merah merupakan warna paling hangat dan bertenaga di dalam spektrum. Kita mengaitkan merah dengan cinta, Hari Kekasih, bahaya, sifat berahi, kelajuan, kekuatan, keganasan, kemarahan, tanda-tanda kecemasan dan darah.
::Putih
Putih mewakili rasa hormat, kesucian, kebersihan, keamanan, rasa rendah diri, sifat ringkas, kemurnian, masa muda, kelahiran, musim sejuk, salji, kebaikan, kemandulan dan perkahwinan.
::Kuning
Kuning mewakili kegembiraan, kebahagiaan, sifat optimis dan idealis, imaginasi, harapan, cahaya matahari, musim panas, emas, falsafah, sifat tidak jujur dan pengecut, rasa cemburu, keinginan, penipuan, penyakit, bahaya, semangat dan ilham.


hati,
tenang ye..
igt, tak semua bende yg kite harap akan jd kenyataan..
lagipon minggu depan e akan balik jugak..
cume die balik bukan utk aku..
die tak kan dpt spend mase sepenuhnye dgn aku..
die akan sibuk ngan majlis perkahwinan kakak die..
tapi, jadik la..
asalkan aku dpt jumpe ngan die..
asalkan aku & die berada ditempat yg sama..
::crazy in love with you::
Kata pujangga
perempuan bagaikan angin
lembutnya melenakan
ributnya menggusarkan.
Adakalanya mereka seperti ibu
menyaji kasih, menghidang sayang
adakalanya mereka seperti anak
ingin dibelai, minta dimanjakan
adakalanya mereka seperti nenek
berleter seadanya, merungut semahuannya.
Namun,
teman kembara dalam kehidupan yang sementara ini.
bahagia dan derita kita sangat berkait dengan mereka.
( ii )
Arghh... tiba-tiba isteri merungut
malah kadangkala agak mengugut
minta aksesori serta perabut
minta Villa yang tersergam indah
atau mahligai di lereng bukit
sedangkan kita bukan Shah Jehan
yang mampu membina Taj Mahal buat isterinya
tetapi isteri pula, persis Nur Jehan
yang meminta petanda keagungan cintanya
Katanya " Seabadi permata.... segermelapan intan..."
sedangkan ditangan kita cuma cincin tembaga.
Aduh...
peritnya mengukur cinta
dalam ukuran mayam atau menimbang setia
menerusi Bursa Saham papan utama
kasih isteri, turun naik
mengikut kadar tukaran wang asing.
Tiada guna menyesali diri
diakan dulu pilihan kita?
semasa mekarnya dia dihargai, dipuja-puji
dia kini sudah menjadi ibu
pada anak-anak kita
sudah takdir... permata yang dipilih
perlu digilap semula.
Namun
putus asa jangan sekali
terimalah dia, dengan redha
justeru isteri
pada hakikatnya
adalah bayang-bayang suami
wanita adalah tulang rusuk yang bengkok
luruskan dengan berhati-hati
bertegas tapi jangan berkeras
lembut tapi jangan reput.
Katakan RM bukan segala-galanya
lalu pada saat yang kudus
setelah bersolat bersama
bisikkanlah " Duhai isteriku...
marilah kita bina perkahwinan ini
dengan cinta yang sejati
marilah kita kutip rezeki
dengan keringat tersuci
kita cari harta, tetapi itu bukan segala-galanya
padamu isteri,istanamu, di hati ini
padamu sayang
kalung cintamu, di jiwa ini."
( iv )
Uhhh....Kekadang isteri mengamuk
dengan ombak prasangka dan taufan cemburu
Apa bukti setiamu suami ?
Apakah tandanya hanya aku di hatimu ?
kekadang disergahnya kita
ketika keringat masih membasah
baru menjengah pintu rumah.
Ketika itu nilailah diri
mungkin kita berdosa dengan Tuhan
atau bersalah dengan insan
mungkin banyak kezaliman dan penganiayaan
yang telah kita lakukan
Lalu datang teguran, amaran dan peringatan
secara 'indirect' dari Tuhan
hadapkanlah diri ke cermin hati
kaji diri satu persatu
kalau liar, berhentilah
kalau berdosa, bertaubatlah
Sebaliknya jika ternyata isteri yang melulu
nasihatkanlah baik-baik
bukan senang nak senang
ingatlah mustika kata dalam kitab-kitab tua
suami yang bersabar dengan isteri yang jahat mendapat pahala Nabi Ayub
atau ingatlah pesan Sayidina Umar al-Khattab
ketika didatangi seorang suami yang dileteri isteri :
" Bersabarlah, kerana sesungguhnya isteri telah banyak membantu kita. Dia yang menyelamatkan kita daripada amukan nafsu.
Dia yang membantu menjaga makan minum kita.
Dia yang mencuci kain baju kita
Dia yang membantu membersihkan rumah kita...
lalu apa salahnya kita bersabar dengan sedikit kerenahnya? "
(Bicara ini diakhiri dengan satu coretan yang mungkin boleh diguriskan pada kad hari lahir isteri atau kad ulang tahun perkahwinan atau surat biru yang ingin kau utuskan padanya... Atau kau pahatkan saja di halaman hatimu pada malam nanti)
ari nih aku dah start keje balik..
isk isk tersangat2 la malas nye..
tambah plak aku sorang je yg start keje ari nih..
yg lain still melepak kat umah lagik..
orait aku nak settlekan keje jap..
nanti aku cite pasal ari raye aku ye..
selamat ari raye untuk semua..
maaf zahir & batin..
balik keje nih mak dah siap cakap dah yg aku kena kemas umah..
angkat kerusi dari umah blakang, basuh kusyen, basuh langsir,
bentang kapet, mop lantai, lap kipas, banyak le...
ermm.. belum buat lagik dah terasa penatnye..
nak buat camne, minggu depan dah raye dah..
ari nih ngan esok je la mase yg ade utk kemas umah..
pagi tadik abah bertolak gi umah nyah kat rawang..
abah nak tolong nyah repair ape tah kat umah baru tu..
esok baru abah balik..
tinggal la 3 femmes kat umah...
ari nih kuih tat nenas yg aku order kat member opis dah sampai...
aku order 100biji.. hargenye RM27..
aku igt nak bagi tat nenas nih kat buah hati..
die suke yg teramat sgt ngan tat nenas..
kalo kasi byk2 pon die bleh abis kan sorang2... ehehehe
sedap tau tat nenas member aku nih..
mase nak order ari tu aku dah testing dah..
lembut jek.. pandai member aku nih buat kuih..
aku igt bukak posa nih, aku nak makan sebiji due le...
tringin le pulak.. ehehhe